Anda Mencari

Perkhidmatan Pembangun Sistem dan Pelbagai Latihan?

Bidang Kepakaran

Kami merupakan sebuah syarikat perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra.

Berlandaskan konsep perniagaan Islam, Kami menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan yang diyakini dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Kami mempunyai kakitangan yang pakar di dalam bidang berikut;

Perunding Penyediaan Latihan
Membekal & Memasang Komputer Serta Aksesori
Perunding Rekabentuk Laman Web​
Membangun Aplikasi Untuk Syarikat Dan Kementerian​
Membekal & Memasang Sistem Rangkaian
Membaik Pulih Dan Penyelengaraan Komputer​

Pengalaman Projek

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk maju serta berdaya saing, kami mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah organisasi perniagaan yang lebih mantap dengan misi untuk menguasai peluang perniagaan dalam bidang perniagaan am, latihan, pembekalan kepada jabatan kerajaan serta agensi swasta. Antara entiti yang telah memberikan kami kepercayaan termasuklah;

Dengan pengalaman yang kami ada, kami kini memberikan fokus kepada bidang pembelajaran dan pengendalian latihan.

Rekabentuk Latihan & Modul

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti. Program pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada dalam atau di luar organisasi.

Di Minda Net Solution, kami mempunyai kepakaran untuk merekabetuk silibus latihan atau modul mengikut keperluan institusi anda.

Rekabentuk Pedagogi & Pendidikan

Reka bentuk pendidikan ialah satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Di Minda Net Solution, kami berupaya untuk merebentuk, membina, menilai dan menggunakan rekabentuk pendidikan untuk institusi anda.

Hubungi Kami

Email, Telefon, Whatsapp atau terus hadir ke premis syarikat kami.

Kami sentiasa sedia untuk mendengar keperluan institusi anda dan mencadangkan penyelesaian yang terbaik.